4.09.2023

The Real: Hitam, Hijau & Mencuba.

Sebenarnya aku pun sama macam yang lain. Sentiasa overthinking, anxious. Suka berfikir sampai rasa diri tak berguna. Rasa diri tak penting untuk orang lain. Self-esteem rendah sangat-sangat sampai fikir aku ni betul ke ada kawan? Diorang tu kawan aku ke? Aku ni kawan yang baik ke? Aku ni bukan kawan diorang dah, cuma kawan masa lampau yang tak boleh ditinggalkan sebab aku ada atau takde, masih mcm tu je kehidupan diorang. Kadang aku rasa biarlah aku jadi kawan bila kau perlukan masa susah saja, sebab masa tu kau akan menghargai aku. Betapa pentingnya aku dalam hidup kau. Tak sangka persahabatan pun macam percintaan. Kedua-dua pihak harus bekerja untuk pertahankan. Bukan selalunya perlu dikejar seorang diri. Perlu berlari bersama-sama.

Aku mungkin nampak macam positive dan boleh dibawa berbincang. Tak juga... Keluarga aku tahu segalanya perangai buruk dan baik aku. Depan korang aku boleh bagi sehijau-hijaunya dan tenangnya alam semula jadi. Tapi aku jadi sehitam-hitam hati manusia pengdengki dalam dunia dekat family aku. Aku sebenarnya perasan aku melepaskan segala kekotoran, segala panah petir dan ribut yang aku tak dapat tunjukkan bila aku jadi hijaunya hutan yang tenang dan nyaman pada yang lain kepada keluarga aku. Aku menyesal tapi dengan siapa aku dapat luahkan? 27 tahun masih tidak dapat cara melepaskan dengan betul dan konsisten. Sering bertukar cara walaupun melukakan hati manusia lain.

Bila sudah dewasa aku faham kenapa ada yang pergi dengan cara tidak baik, kenapa ada yang memilih untuk menjadi kasar sehingga menghancurkan orang lain walaupun dia faham benda tu tak sepatutnya dia lakukan. Kehidupan selepas fasa 'berseronok sambil memikirkan masa depan' sebenarnya taklah seperti yang kita bayangkan pada 'masa depan' itu sendiri. Kadang aku berharap ini mimpi yang bila aku bangun aku masih dewasa tapi yang sakit dan yang hitam tu takde. Yang tinggal hanya hijau dan biru tenang...

Aku cuba menulis ini sebagai cara lain untuk aku melepaskan hitam, sakit, panah petir dan ribut yang selama 27 tahun aku masih belum jumpa cara yang betul dan konsisten. Aku cuba untuk meluahkan disini walaupun hanyalah untuk tatapan dan bacaan aku di hari kemudian. Tak salah mencuba, bukan? Terima kasih atas ruang yang diberikan. Aku cuba untuk menulis lagi... Terima kasih.


09.04.2023_01:14am
Ruang Bilik Nyaman

5.18.2016

About form 6 & their story.

Hi! Lamanya tak update blog ni kan? Maaflah, tuan punya blog busy sbb masuk form 6 setahun setengahkan... tapi nak dekat 2 tahun jugak tak update. Takpe harini ni kita update ye.

Ok. Nak cerita pasal form 6 lah sbb smlm baca blog kawan, dia ada cerita pasal form 6 dan kenalkan kawan2 dia. Sooooooo, iols pun nak kenalkan derang semua ok?
_________________________________________________________________________________

FORM 6. Semua orang ingat budak form 6 ni mcm budak yang tak dpt mana2 tawaran universiti. Kira macam tak laku lah gitu. Loser gila lah. Kau tahu tak sebenarnya form 6 ni susah nak mati dia punya nak dapat pointer tu tahu tak? Lagi2 budak aliran sains, tahu tak?! Tapi aku bukan aliran sains pun hehe aku aliran kemanusiaan... TAPI susah jugak tahu takkkkkk?!!! Lagi2 ekonomi (bagi akulah). susah nak mati, dah ulangkaji banyak kali pun still tak dapat nak lulus gak, Jadi aku terus terang jela, ekonomi aku setiap sem failed hehehehehe. Susahlah nak masukkkkk. Kalau matematik tu boleh terima lagi sbb kira2 je. Ni ekonomi nak kena hafal esei lagi, kena igt formula dia lagi. Uhhhhh jenuh babe! Hahaha

Ok kita beralih kepada situasi semasa aku di form 6.
Aku masuk hari kedua semasa pendaftaran dibuka sbb Fatin ada dtg rumah sbb masa tu nak pinjam baju sekolah sbb baju dia dah rosak. Jadi aku pun bagilah pastu tanyalah mcm mana dia tahu dia dpt form 6. Dia cakap dia check kat internet. Aku pun check jgk, tup tup aku pun dapat. Masa nak mula masuk sek tu rasa segan sbb bukan sek aku kan, sekolah baru. Aku masuk terus g kantin, Masa kat kantin tula aku jumpa FATIN ALIESA yang cute miut hahahahaha. Mula2 segan gak nak ckp sbb lama sgt tak jumpa. Last kiterang jumpa raya masa form 4 ke form 5... tapi lamaaaaaa lah. Kat situlah permulaan kawan dgn dia balik. Pastu sama kelas pulak tu huuuu selamat akuuuu hahahahaha. Masa mula2 masuk rasa takut kalau takde kwn sbb Fatin kelas lain aku kelas lain... tapi disebabkan Liesa ada, so tk risau. Lagipun dia budak pandai, so aku mesti belajar punya hahahhahaha.

Dah mula orientasi semua, jumpa pulak si NASUHAH yang blur tu haa. Masa tu Ain kwn baik dia ada lagi, masih di form 6 lagi. Pastu dia dpt tawaran belajar kat tempat lain, so dia quit form 6. Jadi, Nasuhah ni baik sgt, aku asyik jela buat jahat kat dia as suka marah dia, buli dia... kata besarnya suka buli dia lah. Tapi dia asyik ckp aku selalu baik dgn dia... Ada masa tu kiterang kena siapkan draft kerja kursus sejarah yang menyerabutkan. Masa hari nak hntr draft kerja kursus tu, aku serabut sbb tak tidur satu hari. Pastu disebabkan aku ada printer, lebih kurang ramai minta untuk print dekat aku, utamanya Nasuhah dan Fatin. Jadi masa pagi nak hntr tu, aku punya semua dah siap print, Nasuhah pulak dia tidur lambat semalamnya jadi bgun lmbt pastu lmbt hntr draft kerja kursus tu kat email aku. Aku punya marah smpai tercakap babi semua (maaf Nasuhah, aku manusia yang lemahh... hahaha) Sampai sekolah semua dia nangis, lalu aku pun minta maaf sbb stress sgt. Dia stress aku stress semua stress. Hahaha jadi itulah kisah aku dgn dia.

Selepas itu, nmpk mcm karangan bm betul dah ni haaaa hahaha. Kawan yang seterusnya, FARRAHANA SO..PI..AH... hahahahahahaha. Dia masa mula2 ya Allah sombongnyaaaa. Asyik berkwn dgn kwn dia yg sek taman tu je. Pastu kawan dia sorg2 g belajar tempat lain. Jadi dia keseorang dgn ada 2 orang lagi budak sek tu. Jadi nak dipendekkan cerita mcm mana dia ni boleh kwn dgn kitorg semua, haa cmni... tapiii rasanya ni mcm akan mengaibkan orang so kita skip dan terus kepada dia beralih duduk dgn kitorg kat tempat belakang dalam kelas. Sebenarnya, kat dalam kelas tu hanya kitorg bertiga je mula2 duduk belakang, then cikgu kelas suruh ubah kedudukan mej semua. So Fana dialihkan ke belakng iaitu tempat kami. Jadi kat situlah kitorg mula rapat sbb siapa je yang mula borak dgn kitorg akan terjebak dan takleh keluar dah hahahahhahahahah ok kat situ je cerita dia. Lagi satu dia suka makan pastu pokpekpokpek -.-''

Sebenarnya ramai lagi kawan. Ada 4 orang lagi. Kalau nak cerita sorg2 jenuh eh. Kalau mcm tu kita sambung nnt ehhh? ok??? Esok InsyaAllah :) Byeeeeee :D and thank you for read it.

The Lost Girl,
Aqmalliya Saufi


Here a pictures of my friends